Showing posts with label CHEESECAKE. Show all posts
Showing posts with label CHEESECAKE. Show all posts
Monday, 24 September 2012
Thursday, 29 March 2012
CHIFFON CHEESECAKE
Chiffon Cheesecake
Salam semua...Ni pulak aku nak kongsi Chiffon Cheesecake yang aku buat hari Selasa lepas.Saja la buat pasal bahan ada ja sume kat umah.Pastu nak tgk skill buat kek chiffon masih utuh atau tidak pasal susah gak buat sebab takut bantat n tak jadi,tapi Alhamdulilah,kira jadi la jugak..
Lembut keknya dan yang paling penting ayah aku yg tak minat kek pun,dia try and cakap sedap.Katanya kek-kek mcm ni la dia suka..haha..Ingat senang nak dapat pujian dr ayah sendiri...
Kek ni masa dalam oven,dia naik punyer la tinggi so aku cadangkan jgn letak banyak2 sgt dalam loyang ovul tue.Letak dalam 1/3 ja cukup.Mcm aku letak lebih dr separuh penuh,dia punya naik,senaik naiknya,takut aku tgk.haahaha..
Tapi itu la namanya pengalaman kan,klu tgk resepi hati kecik berdetik,`alah senang ja nak buat ni`..Tapi masa tgh buat mcm2 pengalaman menimpa,tapi masa nilah kita nak kumpul pengalaman so that the next time we plan to bake it again,we already hav the picture and avoid to make the same mistake kan...
So lets check out the recipe,OHHHHH by the way the recipe is taken from the famous blogger name KAK WAN...thank you Kak Wan..
CHIFFON CHEESECAKE
Bahan A
60ml susu cair
40gm cream cheese
25gm mentega
Bahan B
65gm tepung gandum
4 biji telur kuning (dipukul sedikit)
Bahan C
4 biji telur putih
100gm gula kastor
1/8 tsp garam
1/8 tsp krim of tartar
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175`C
2. Satukan bahan A dan masak secara double boiler hingga sebati dan pekat
3. Angkat dan masukkan bahan B dan gaul hingga sebati,whisk hingga licin dan tidak berketul.Ketepikan.
4. Dalam bekas lain, pukul bahan C hingga kembang dan kental.( seperti gambar dibawah). Masukkan kedalam NO 3 dan kaup balikkan hingga sebati
5. Tuang dalam loyang ovul.Bakar pada suhu 175`C selama 35-40 minit.
CUBALAH ANDA TIDAK AKAN MENYESAL
Saturday, 17 March 2012
UNBAKED CHOCOLATE CHEESECAKE
The taste of the chocolate cheesecake........-SPEECHLESS-It was sooooooooooooooooo good and palatable..Oh seriously I cant describe the taste,It has like the mousse-like texture which almost similar to icecream texture.It was soooo good..... Aku siap bawak g office and sume pun kata sedap...Aku pun tanpa was2 pun nak puji unbaked cheesecake yg aku buat nie..SGT SEDAP...
Sebenarnya dah lama aku nak buat tapi aku malas la nak yg bake2 punye pasal tu da biasa makan dan rasa..aku punye lidah ni nak rasa yg ala2 mcm ice cream punye cheesecake.So aku pun google la cari yg terbaik. Percayalah bahawasanya cheesecake unbaked ni sgt mudah dibuat...Jom kita check resepi okeh!!
UNBAKED CHOCOLATE CHEESECAKE
Bahan-bahan
Base
250g biskut digestive (biskut biasa pun boleh)
2 tsp serbuk koko
150g mentega ( cairkan)
Filling
1 tbs gelatin (aku pakai jenama Nona)
1/2 cawan air panas
250 g cream cheese
3/4 gula kastor
1 lemon ( perahakan)
300ml whipping cream (pukul sampai soft peaks)
175g dark chocolate (cairkan guna double boiling)
Hiasan
Chocolate Ganache (200g dark chocolate dicairkan guna kaedah double boiler dan campurkan dgn sedikit susu segar)
Sedikit walnut (aku tak timbang,agak2 sajor)
Sedikit kepingan badam
Cara-cara
1.Base-pecahkan2 biskut tu sampai halus atau guna food processor dan kisar, tambahkan serbuk koko dan gaulkan.Tambahkan mentega yg telah dicairkan dan gaul rata
2.Tekan adunan kedalam loyang 9 1/2 inci springform dan sejukkan kedalam peti sejuk sehingga filling siap
3.Filling-Sebatikan gelatin bersama2 dengan air panas.Ketepikan
4.Pukul cream cheese dan gula sehingga lembut dan berkilat,kemudian tambahkan jus lemon.
5.Kemudian masukkan whipped cream dan guna kaedah kuak kaup dan kacau sehingga sebati.Masukkan sebatian gelatin
6.Last masukkan dark chocolate yg dah dicairkan dan guna whisk untuk kacau
7.Masukkan filling kedalam loyang berbase tadi dan rehatkan dalam peti ais selama satu malam
8.Hias dng chocolate ganache dan taburkan kekacang yg diminati.
SILA CUBA DAN KORUNK TAKKAN MENYESAL....
Subscribe to:
Posts (Atom)







