Saturday, 24 March 2012

CARROT CAKE SUPER MOIST


This is my fav cake and lately Ive been craving for it. So last Wednesday I decided to try untuk buat la.Masa proses mencari resepi,aku tgk resepinya sume biasa ja,yg aku rasa mcm secret recipe punya rasa.tak berapa nak moist dan kering.Pastu walnut pun kedekut and lapisan cream cheese frosting dia snipis lapisan kulit bawang,apa rasa kalau begitu...

Banyak resepi yg aku print masa proses searching the best recipe and ada satu yg caught my attention during the process.So aku print dan gigih untuk buat kat umah nati...Nampak dr resepi tue mcm best.

Masa tue aku takut2 gak pasal takut tak jadi ke,bantat ke, tapi Alhamdulilah dia naik cantik ja.Gebu gila kot..

Sebenarnya kakak aku dan adik aku pun suka,diorg pun ckp sedap,So sebagai nak memantapkan lagi testimoni aku,aku bagi kek tu untuk dirasa oleh kawan baik aku iaitu Kak Yaya dan Abg Epul..Komen kawan2 nie penting ye..Alhamdullilah,diorg pun ckp best dan yg penting kami sume gembira.Lokasi sesi merasa adalah dalam kereta Kak Yaya kerana kami dalam perjalanan ke Petaling Street untuk beli fresh flower sempena wedding Kak Yaya...

K lah,cukup la cerita,jom kita usha skit resepi yg aku mengaku sedap nie..

CARROT CAKE (SUPER MOIST)


Bahan-bahan ( carrot cake)
1 cawan (100g) kacang walnut
340g lobak (di-grated halus)
260g tepung gandum
1 tsp baking soda
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 1/2 tsp serbuk cinnamon-(next time aku nak kurangkan pasal aku tak suka sgt bau dia)
4 biji telur-gred A (kalau kecik guna 5 biji)
1 tin nenas dalam tin( cincang kasar)
100g kismis
300g gula
1 cawan minyak sayur/jagung-(kalau kecemasan guna ja minyak masak biasa)
2 tsp esen vanila

Bahan-bahan ( cream cheese frosting )
57g mentega
227g cream cheese
230g gula icing (tapis)
1 tsp esen vanila

Cara-cara
(carrot cake)
1. Panaskan oven pada suhu 180`C dan griskan loyang serta alaskan loyang dngan kertas minyak.
2. Parut halus lobak
3. Masukkan tepung,baking soda,baking powder,garam dan serbuk cinnamon didalam mangkuk dan gaul menggunakan whisk
4. Di dalam mangkuk yg lain,dengan menggunakan hand mixer pukul telur sehingga berbuih. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga dunan menjadi pekat.
5. Masukkan minyak dan esen vanila dan pukul sehingga sebati
6. Masukkan adunan tepung tadi kedalam adunan telur dan pukul sehingga sebati
7. Dengan menggunakan spatula,masukkan parutan lobak,walnut yg dicincang,kismis,dan buah nenas dan guna kaedah kaup balik.
8. Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar untuk 45 minit pada suhu 180`C (bergantung pada oven jugak)
9. Selepas masak,rehatkan kek selama 5-10 minit dan kemudian keluarkan kek dr loyang dan rehatkan diatas wire rack sebelum di sapu ngan cream cheese frosting.



Cara-cara
(cream cheese frosting)
1. Dengan menggunakan hand mixer,pukul cream cheese dan mentega dengan kelajuan rendah
 sehingga sebati
2. Sedikit demi sedikit tambahkan gula icing dan pukul sehingga sebati dan lembut
3. Masukkan esen vanila dan sapukan cream cheese frosting pada keseluruhan carrot cake dan hias dengan menggunakan almond flake.



SELAMAT MENCUBA

2 comments: