The Klassic Recipe
So last Sunday, aku diberi tugas oleh IBUNDA untuk bake some choc chip cookies untuk dijadikan doorgift sempena pertunangan my cousin..So dgn rela hati dan bersemangatnya,aku di bantu oleh pembantu peribadi tekun dan gegeh membancuh adunan ni..IBUNDA kata setiap goodies bag,nak letak around 10 pieces of cookies, and kemungkinan besar tetamu belah lelaki yg akan dtg around 30 org...So kurang lebih,aku kene sediakan around 300 keping cookies la..Tapi tak susah pun benda nie..
Pejam celik-pejam celik zass terpampang sudah 300 keping...Dulu masa kecik2,aku selalu tolong Cik Ami aku buat choco chip cookies setiap kali Hari Raya and I have to say her Choc Cookies is TO DIE FOR!!ITs heavenly delicious!!!Compare to this one, this is a very basic choco chip cookies....Delicious but not to die for .....YET!!!!!hahaha.Biasalah benda2 klasik nie kener tambah bahan2 yg lain nak bagi sedikit rasa BOOM BOOM POW!!!!!
So rasa nak kongsi la resepi nie...Untuk resepi nie,aku buat untuk dua adunan,tapi nak dpat 300 keping,It took me around 4 adunan kot.Cant recall!!!! SaTu nak kongsi,nak buat cookies nie kener kreatif dan bermain dengan bahan2 tambah yang lain kalau nak rasa dia ibarat TERBANG KE LANGIT WALAUPUN KO TAKDA KEPAK!!!For that additional ingredient, I leave to u guys to decide ok..CLUE:It Could Be Anything!
Resepi Chocolate Chip Cookies ( 1 adunan )
190 g mentega-lembutkan
45g gula perang
80g gula kastor/icing
220 tepung gandum
1/2 sudu kecil rata baking soda
1 sudu kecil esen vanila
170g chocolatechip
170g badam cincang-panggang
1 biji telur-size yangsedang2 sajo.
Cara-caranya
Gambar adalah mengikut urutan
* Tepung,baking soda, koko diayak
* Mentega,gula icing, gula perang di gaul rata
* Masukkan telur dan esen vanila dan digaul sehingga sebati
* Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn chocolate chip dan badam cincang dan digaul rata hingga sebati
* Susun doh atas loyang dan bakar pada suhu 180`C selama 15 minit. (bergantung pada jenis oven)
Dan hasilnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment