Sunday, 18 March 2012

CHOCOLATE CUPCAKE WITH VANILLA BUTTERCREAM



This is Chocolate Cupcake with Vanilla Buttercream. Ni aku baru buat tadi gak,buat khusus untuk family aku yg akan balik ke Kajang esok..Mereka sume balik Kelantan sebab ada cousin aku kawen and too bad aku tak dpat ikut pasal aku keje.Sebenarnya aku bosan gila pasal duduk umah sorang2.Tu pasal la aku buat ja baking2 nie,At least boleh practice skill yg segan mati tak mau tue..huahua..

Resepi untuk cupcake ni aku kategorikan sebagai resepi untuk beginner la,pasal senang ja nak buat ,dan yg paling penting sebab aku pun beginner.haha..

Masa aku buat benda ni,satu rumah bersepah pasal aku sebok nak buat depan tv,nak tgk tv sambil putar buttercream guna hand mixer..Stand mixer aku mmg takleh klu adunan setakat skit2 nie,sebab nati pemukul dia tak kena adunan.pasal stand mixer aku yg 7 liter punye..So hadap la aku guna hand mixer.Lagi senang weh!!

ok la jom semak resepi:

Chocolate Cupcake with Vanilla Buttercream

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung 
1 biji telur
1 cawan gula kastor
1 tsp baking soda
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan air-(aku ganti dengan susu sejat)
1/2 cawan minyak sayur-(aku guna minyak jagung)


Cara.cara
1.Campurkan sahajor semua bahan dengan menggunakan senduk.Putar semua bahan dalam mangkuk sehingga sebati.
2.Masukkan dalam cawan cupcake sehingga 3/4 peneuh dan bakar dalam suhu 180`C selama 25 minit.Tapi ingat panaskan oven dulu okeh






Buttercream Icing
1/2 cup shortening
1/2 cup butter
1 sudu teh esen vanila
3 cawan gula aising (di ayak sekurang-kurangnya 2 kali)
2 sudu besar susu

 Hiasan
Sekit coklat rice dan badan cincang.

Cara-cara
1.Mula - mula pukul butter dan shortening pada kelajuan yg tinggi(kalau ada 5 speed,guna yg ke-5 tue), sampai kembang dan masukkan esen vanilla
2.Masukkan gula aising sedikit demi sediki sehingga sebati dan masukkan susu
3.Pukul lagi sehingga 8-10 minit sehingga gebu.














Saturday, 17 March 2012

CHICKEN MUSHROOM SOUP WITH PASTRY PUFF TOPPING


Nampak menarik tak???Menarikkan kan!!Ha ni aku baru ja buat pukul 3 petang tadi,aku hadap benda ni la makan tengahari punya walaupun siap pukul 5 td.haha..Last time I had benda nie was like lama ago kat DOME...Masa tue aku makan perghhh sedapnya benda ni, tapi takda inisiatif pun nak mencari resepi.Ni dah tua bangka baru terhegeh2 nak buat pulak...hahah..Benda nie sgt la senang nak membuatnya dan rasanya pun sedap..Tambah2 makan masa panas-panas,perghh mmg best.

Harini semangat rajin ada mari skit,so aku pun decided na buat la,terus g beli barang2.Barang2 yg digunakan tak banyak pun,biasanya mmg dah ada kat dapur punye..puff pastry tu plak aku guna yg lebih masa buat Portuguese Egg Tart haritu.So barang2 lain tue kat kedai runcit sajor...Ok jom semak resepi k..


Chicken Mushroom Soup wif Pastry Puff Topping

Bahan-bahan
Pastry puff frozen (keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik)

Sup
250 isi ayam yg dipotong halus
1 tin cendawan butang
1 labu bawang besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
200ml susu sejat
300 ml air
1 kiub pati ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil minyak untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam

Glis
1 biji telur-guna kuning sahaja
sedikit susu sejat
sedikit daun bawang (cincang halus)

Cara-cara
1.Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar dan bawang putih.Masak sehingga layu.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
2.Masukkan air dan pati kiub ayam dan bairkan sebentar.
3.Masukkan ayam,cendawan butang dan susu sejat dan gaul hingga rata.Kacau dalam 5 ke 10 minit sehingga pekat dan tambahkan lada hitam
4.Tuang kedalam acuan remekin sehingga 3/4 penuh


5.Canaikan pastry puff sehingga boleh menutupi permukaan remekin.


6.Kemudian griskan permukaan pastry puff dengan kuning telur yg dicampur sedikit susu sejat dan taburkan sedikit daun bawang.


7.Bakar didalam oven bersuhu 190`C selama 20 minit atau sehingga masak.( panaskan oven terlebih dahulu.
8.Siap untuk dimakan.



UNBAKED CHOCOLATE CHEESECAKE


 The taste of the chocolate cheesecake........-SPEECHLESS-It was sooooooooooooooooo good and palatable..Oh seriously I cant describe the taste,It has like the mousse-like texture which almost similar to icecream texture.It was soooo good..... Aku siap bawak g office and sume pun kata sedap...Aku pun tanpa was2 pun nak puji unbaked cheesecake yg aku buat nie..SGT SEDAP...

Sebenarnya dah lama aku nak buat tapi aku malas la nak yg bake2 punye pasal tu da biasa makan dan rasa..aku punye lidah ni nak rasa yg ala2 mcm ice cream punye cheesecake.So aku pun google la cari yg terbaik. Percayalah bahawasanya cheesecake unbaked ni sgt mudah dibuat...Jom kita check resepi okeh!!

UNBAKED CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan-bahan

Base
250g  biskut digestive (biskut biasa pun boleh)
2 tsp serbuk koko
150g mentega ( cairkan)

Filling
1 tbs gelatin (aku pakai jenama Nona)
1/2 cawan air panas
250 g cream cheese
3/4 gula kastor
1 lemon ( perahakan)
300ml whipping cream (pukul sampai soft peaks)
175g dark chocolate (cairkan guna double boiling)

Hiasan
Chocolate Ganache (200g dark chocolate dicairkan guna kaedah double boiler dan campurkan dgn sedikit susu segar)
Sedikit walnut (aku tak timbang,agak2 sajor)
Sedikit kepingan badam

Cara-cara
1.Base-pecahkan2 biskut tu sampai halus atau guna food processor dan kisar, tambahkan serbuk koko dan gaulkan.Tambahkan mentega yg telah dicairkan dan gaul rata
2.Tekan adunan kedalam loyang 9 1/2 inci springform dan sejukkan kedalam peti sejuk sehingga filling siap
3.Filling-Sebatikan gelatin bersama2 dengan air panas.Ketepikan
4.Pukul cream cheese dan gula sehingga lembut dan berkilat,kemudian tambahkan jus lemon.
5.Kemudian masukkan whipped cream dan guna kaedah kuak kaup dan kacau sehingga sebati.Masukkan sebatian gelatin
6.Last masukkan dark chocolate yg dah dicairkan  dan guna whisk untuk kacau
7.Masukkan filling kedalam loyang berbase tadi dan rehatkan dalam peti ais selama satu malam
8.Hias dng chocolate ganache dan taburkan kekacang yg diminati.


  

SILA CUBA DAN KORUNK TAKKAN MENYESAL....




















PORTUGUESE EGG TART


Hy sume,Portuguese Egg Tart nama diberi..Resepi ni aku amik dr Kak Wan,KLIK SINI, Egg tart ni mmg makanan kesukaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnn aku..Kalau boleh tiap2 hari nak makan,aku klu g Baker Cottage,seharus dan sewajibnya aku angkut sekali Portuguese Egg Tart..Rasa dia sgt la nyum,nyum,nyum...Tekstur egg tart nie buat aku terawang2 diawang..hahahah

Aku tak ingat bila aku buat ni tapi dalam minggu lepas kot dgn adik aku,pasai aku keja,so tak sempat nak update,so aku lambakkan sumenya pada hari minggu nak masukkan kat blog..Resepi dia sgt la mudah nak buat dan sekejap ja..Ok la jom kita usha dia punyer resepi:


PORTUGUESE EGG TART

Bahan-bahan
120gm gula kastor
5 biji kuning telur + 2 biji telur ( pukul dan tapis )
280ml whipping cream/susu cair
2 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air ( larutkan )
1 sudu esen vanila
Puff Pastry frozen secukupnya ( lupa la nak amik gambar )


Cara-cara
1.Inti-Panaskan whipping cream dan gula hingga larut diatas api sederhana.Masukkan telur yg telah dipukul sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan
2.Masukkan larutan tepung jagung dan kacau hingga adunan menjadi pekat.Tutup api dan ketepikan
3.Kulit tart-Keluarkan puff pastry dan biarkan dalam suhu bilik
4.Canai setebal 3mm dan kemudian gulung seperti menggulung swiss roll.Simpan sekejap dalm peti sejuk
5.Potong pastry sebanyak 10 bahagian (bergantung pada saiz acuan) canai bulat setiap bahagian dan tekan dalam acuan tart.Cucuk dasar dengan garfu.
6.Tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan bakar dalam oven bersuhu 200`C selama 25 minit atau sehingga masak.





Saturday, 10 March 2012

KEK BUAH/FRUIT CAKE

KEK BUAH BAKAR


Kek buah ni pulak aku buat minggu yang sama aku buat Marble Cheese Brownies .Kadang-kadang bila mood ok dan penyakit malas nie kurang,mcm2 benda nak bake..Mcm kes nie la,walaupun aku taktahu sapa nak makan kek ni,aku tetap gegeh,tabah dan cekal nak buat jugak..Kan bagus semangat nie ada masa belajar kat U dulu...

Baking seronok bila kek tue naik cantik dan jadi.Tapi bila tak jadi dan tak cun mcm kek org lain,dia punya tahap down,mmg giler ah...Frust gile..Sebab membaking ni kadang meletihkan,especially bila part nak kemas.Masyallah,dapur mmg tak boleh blah dia punya sepah.Tapi dah selalu baking, ni kita kadang2 da boleh budget dah mcm mana uruskan kan dapur..KITCHEN MANAGEMENT nama diberi..hahah





Hasil dr kek buah nie,rasanya mmg sedap..(ikhlas puji kek sendiri),moist sgt2...Buahnya pun tak jatuh,elok ja sekata kat sume bahagian kek tue..ok jom kita ke resepinya deh..ayuh kawan2!


KEK BUAH BAKAR

380g butter (kalau nak guna marjerin pun boleh tapi hasilnya dia kurang lembab skit la,tapi takda la kering kontang)
250g gula perang/castor.(klu nak nampak kek warna brown2 guna la gula perang)
380g tepung gandum
500g buah campuran
100g walnut cincang
7 biji telur 
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh esen oren

Cara-cara
1.Putarkan butter dengan gula sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu
2.Masukkan esen vanila dan juga esen oren
3.Masukkan buah dan putar sehingga sekata
4.Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk kayu manis dan juga baking powder sedikit demi sedikit.Kemudian masukkan walnut.
5. Bakar pada suhu 160`C selama 40 minit-60 minit.

p/s untuk adunan ni dapat 2 loyang ovul dan loyang panjang.Bagi yg nak buat skit ja,buat separuh adunan ja..



SELAMAT MENCUBA

MARBLE CHEESE BROWNIE

The Klasik Marble Cheese Brownies

Projek ini dibuat minggu lepas tapi baru update sekrg pasal minggu ni bz ngan mcm2..So sempena hari rehat serta sudah berguling-guling satu hari dirumah, maka wajiblah tanpa alasan kene update blog.


Semangat nak buat brownies nie tercetus masa aku usha2 blog Kak Wan  KLIK SINI.Sebenarnya hati ini dah membuak-buak nak buat lama dah, tapi akibat kekangan masa yag dibuat2 dan dicipta sendiri, maka tertangguh lah...Tapi tak tahu kenapa masa melihat blog dan brownies Kak Wan, adrenalin dalam diri nie membuak2 nak buat....

Maka balik ja keje , terus ja buat pasal bahan2 sume dah ada dalam peti makanan aku tue..


Kalau ikut Kak Wan dia ada letak blueberry jem so nama dia pun tukar jadi lain.Tapi aku decided nak buat yg klasik dan basic brownies yg bercheese..Buatnya sgt2 la mudah,semudah kita ber-BBM...tekan2,campak2,gris loyang skit,masuk dalam oven,siap....pastu pose2 skit amik gambar,pastu ngap..EHHHHHH lupa plak,sebelum tue nak mintak halal ye Kak Wan,adik guna resepi Kak Wan....huhu


MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan Adunan Brownies
250gm mentega (klu nak guna marjerin ja pun boleh)
110gm serbuk koko
300gm gla kastor
125ml susu cair (aku guna susu sejat)
220gm tepung gandum
3 biji telur grade B,pukul ringan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila


Topping Cheese
250gm krim keju
100gm gula kastor
2 biji telur grade b


Cara-cara
1. Apa2 pun yang penting panaskan oven dulu pada suhu 160`C. Alas dengan baking paper (biar lebih skit supaya senang nak keluarkan brownies nati) dan gris loyang 10 X 10`
2. Ayak tepung,baking powder dan baking soda.Ketepikan
3. Cairkan mentega guna cara double boiler,masukkan serbuk koko,gaul hingga rata.Tutupkan api dan masukkan gula.Gaul hingga sebati
4. Masukkan telur yg dipukul,,susu cair,esen vanila dan tepung gandum.Dengan menggunakan whisk,kacau adunan sehingga rata.Amikkan sdikit adunan untuk digunakan untuk buat corak marble tue.
5. Tuang dan ratakan dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit,guna api atas bawah.
6. Sementara tu bolehlah kita sediakan topping cheese tue.Dengan menggunakan hand mixer atau stand mixer putarkan krim cheese dan gula sehingga sebati.Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga nampak licin dan takda ketul.
7. Tuang dan ratakan atas brownies yg dah masak.Paipkan dengan adunan yg kita amik tadi dan buatlah corak marble
8. Masukkan balik dalam oven untuk 15 minit atau hingga masak .