Saturday, 10 March 2012

MARBLE CHEESE BROWNIE

The Klasik Marble Cheese Brownies

Projek ini dibuat minggu lepas tapi baru update sekrg pasal minggu ni bz ngan mcm2..So sempena hari rehat serta sudah berguling-guling satu hari dirumah, maka wajiblah tanpa alasan kene update blog.


Semangat nak buat brownies nie tercetus masa aku usha2 blog Kak Wan  KLIK SINI.Sebenarnya hati ini dah membuak-buak nak buat lama dah, tapi akibat kekangan masa yag dibuat2 dan dicipta sendiri, maka tertangguh lah...Tapi tak tahu kenapa masa melihat blog dan brownies Kak Wan, adrenalin dalam diri nie membuak2 nak buat....

Maka balik ja keje , terus ja buat pasal bahan2 sume dah ada dalam peti makanan aku tue..


Kalau ikut Kak Wan dia ada letak blueberry jem so nama dia pun tukar jadi lain.Tapi aku decided nak buat yg klasik dan basic brownies yg bercheese..Buatnya sgt2 la mudah,semudah kita ber-BBM...tekan2,campak2,gris loyang skit,masuk dalam oven,siap....pastu pose2 skit amik gambar,pastu ngap..EHHHHHH lupa plak,sebelum tue nak mintak halal ye Kak Wan,adik guna resepi Kak Wan....huhu


MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan Adunan Brownies
250gm mentega (klu nak guna marjerin ja pun boleh)
110gm serbuk koko
300gm gla kastor
125ml susu cair (aku guna susu sejat)
220gm tepung gandum
3 biji telur grade B,pukul ringan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila


Topping Cheese
250gm krim keju
100gm gula kastor
2 biji telur grade b


Cara-cara
1. Apa2 pun yang penting panaskan oven dulu pada suhu 160`C. Alas dengan baking paper (biar lebih skit supaya senang nak keluarkan brownies nati) dan gris loyang 10 X 10`
2. Ayak tepung,baking powder dan baking soda.Ketepikan
3. Cairkan mentega guna cara double boiler,masukkan serbuk koko,gaul hingga rata.Tutupkan api dan masukkan gula.Gaul hingga sebati
4. Masukkan telur yg dipukul,,susu cair,esen vanila dan tepung gandum.Dengan menggunakan whisk,kacau adunan sehingga rata.Amikkan sdikit adunan untuk digunakan untuk buat corak marble tue.
5. Tuang dan ratakan dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit,guna api atas bawah.
6. Sementara tu bolehlah kita sediakan topping cheese tue.Dengan menggunakan hand mixer atau stand mixer putarkan krim cheese dan gula sehingga sebati.Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga nampak licin dan takda ketul.
7. Tuang dan ratakan atas brownies yg dah masak.Paipkan dengan adunan yg kita amik tadi dan buatlah corak marble
8. Masukkan balik dalam oven untuk 15 minit atau hingga masak .






No comments:

Post a Comment