Showing posts with label BROWNIES. Show all posts
Showing posts with label BROWNIES. Show all posts

Thursday, 29 March 2012

RICH CHOCOLATE BROWNIES

Rich Chocolate Brownies

HAAA!!!!Rich tak?Rich tak?Rich TTTTTTTTTTTTAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKK????

Haaaaaaaaa, kawan2 ni plak aku baru buat semalam pasal aku mcm rasa nak makan brownies pasal aku ternampak org makan .haha...Dah tue apa lagi,dark chocolate berlambak2 kat umah, makcik aku (Cik Ami)
yang bagi coklat tu...Dari aku tgk tersadai tah apa2 kat dapur,aku pun gegehla buat malam tue gak,walaupun aku letih gila....

Semanagt kalau dtg,mmg sume nak buat..So masa rajin nie la kita hentam sume benda..Buat brownies nie plak senangnya dan rasanya Ya Allah sedapnya,mmg moist,penuh ngan coklat,rasa lemak...sume rasa la yg ada....Mak ngan adik aku pun cakap sedap..hahah...Family da tentu la puji ekkkk...

Resepi ni korang takyah susah-susah nak pakai mixer,korunk pakai whisk sajor,takpun senduk sajor...Okeh!!!!Jom kerling-kerling resepi kat bawah!

RICH CHOCOLATE BROWNIES

Bahan-bahan
300g mentega-(aku guna marjerin sajo)
80g serbuk koko-(aku genapkan seratus)
300g coklat masakan-(potong2 kecik)
6 biji telur-kacau ringan
350 gula perang
2 tsp esen vanila
100g tepung gandum (ayak)
1 cawan badam cincang
Kepingan badam secukupnya untuk hiasan

Cara-cara
1. Cairakan coklat masakan dgn kaedah double boiler.Ketepikan
2. Cairkan mentega dalam periuk,masukkan serbuk koko gaul rata,angkat dan masukkan gula perang,kacau sehingga rata.
3. Masukkan telur, tepung dan coklat cair,kaup balikkan menggunakan senduk hingga rata.Masukkan badan cincang dan gaul rata.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah di sapu mentega dan dialas dengan kertas masakan.Taburkan kepingan badam diatas adunan
5. Bakar pada suhu 150`C selama sejam.(aku punya ada dalam sejam lebih kot)



Saturday, 10 March 2012

MARBLE CHEESE BROWNIE

The Klasik Marble Cheese Brownies

Projek ini dibuat minggu lepas tapi baru update sekrg pasal minggu ni bz ngan mcm2..So sempena hari rehat serta sudah berguling-guling satu hari dirumah, maka wajiblah tanpa alasan kene update blog.


Semangat nak buat brownies nie tercetus masa aku usha2 blog Kak Wan  KLIK SINI.Sebenarnya hati ini dah membuak-buak nak buat lama dah, tapi akibat kekangan masa yag dibuat2 dan dicipta sendiri, maka tertangguh lah...Tapi tak tahu kenapa masa melihat blog dan brownies Kak Wan, adrenalin dalam diri nie membuak2 nak buat....

Maka balik ja keje , terus ja buat pasal bahan2 sume dah ada dalam peti makanan aku tue..


Kalau ikut Kak Wan dia ada letak blueberry jem so nama dia pun tukar jadi lain.Tapi aku decided nak buat yg klasik dan basic brownies yg bercheese..Buatnya sgt2 la mudah,semudah kita ber-BBM...tekan2,campak2,gris loyang skit,masuk dalam oven,siap....pastu pose2 skit amik gambar,pastu ngap..EHHHHHH lupa plak,sebelum tue nak mintak halal ye Kak Wan,adik guna resepi Kak Wan....huhu


MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan Adunan Brownies
250gm mentega (klu nak guna marjerin ja pun boleh)
110gm serbuk koko
300gm gla kastor
125ml susu cair (aku guna susu sejat)
220gm tepung gandum
3 biji telur grade B,pukul ringan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila


Topping Cheese
250gm krim keju
100gm gula kastor
2 biji telur grade b


Cara-cara
1. Apa2 pun yang penting panaskan oven dulu pada suhu 160`C. Alas dengan baking paper (biar lebih skit supaya senang nak keluarkan brownies nati) dan gris loyang 10 X 10`
2. Ayak tepung,baking powder dan baking soda.Ketepikan
3. Cairkan mentega guna cara double boiler,masukkan serbuk koko,gaul hingga rata.Tutupkan api dan masukkan gula.Gaul hingga sebati
4. Masukkan telur yg dipukul,,susu cair,esen vanila dan tepung gandum.Dengan menggunakan whisk,kacau adunan sehingga rata.Amikkan sdikit adunan untuk digunakan untuk buat corak marble tue.
5. Tuang dan ratakan dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit,guna api atas bawah.
6. Sementara tu bolehlah kita sediakan topping cheese tue.Dengan menggunakan hand mixer atau stand mixer putarkan krim cheese dan gula sehingga sebati.Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga nampak licin dan takda ketul.
7. Tuang dan ratakan atas brownies yg dah masak.Paipkan dengan adunan yg kita amik tadi dan buatlah corak marble
8. Masukkan balik dalam oven untuk 15 minit atau hingga masak .