Wednesday 29 February 2012

KEK PISANG


Kek Pisang

Cantik tak kek pisang nie..Gebu woooo..Masa dlam oven cantik sgt dia naik.


Ini adalah kes semalam la,walaupun badan sgt2 la letih tapi masih nak buat gak kek pisang nie. Bukan apa, adik ipar aku bawak balik pisang yg sangat2 la banyak sampai tak termakan.Mak adik ipar aku ni mmg pemurah,mcm2 yang dikirimnya untuk mak aku kalau dia balik kampung..So problemnya pisang tu sgt2 la bnyak dan kesian tgk sebab pisang2 tu makin lama makin lebam.Takkan nak tggu dia busuk dan buang ja.Tak sampai hati dan membazir adalah amalan syaitan>WAH!!



So my mum asked me to bake some Kek Pisang la,so that at least the pisang can be used.NOT WASTED...So aku pun godek2 la buku resepi aku yg dlam bilik tue..Belek punye belek,zass jumpa gak resepi yg mudah...so usha dia punya bahan2 ,sume bahan ada dlam peti simpanan makanan kering aku..apa lagi, aku campakkan sume dlam mixer and let the machine do it.

So takyah nak buang masa dgr citer yoyo-oooo aku kat atas tue..Ni aku lampirkan resepi..Harus diingat konsep resepi Kek Pisang nie,just CAMPAK_CAMPAK sajor!!!Mudah!






Bahan-Bahan (  dapat 2 biji guna ovul and sebijik guna loyang panjang.Cant recall la the size)


Bahan A
500g pisang (pisang apa2 ja yg ada kat umah)
500g gula castor

Bahan B
7 biji telur (gred B)
170 ml air
42g susu tepung
27g ovellette 
500g tepung gandum
13g soda bikarbonat

Bahan C
123 minyak masak
1/3 esen vanila



Cara-caranya
*Masukkan bahan A dalm bowl mixer dan putar sampai pisang lenyek dan gula sebati dgn pisang
*Masukkan bahan B dan putarkan sampai gebu.
*Masukkan bahan C sehingga bercampur dgn sebati.
*Masukkan dalam loyang dan bakar dalam suhu 180`C selama 45 minit ke 1 jam.(bergantung pd jenis oven)


P/S speed mixer mestilah diantara 1 hingga 3..Kalau nak letak badan ke,chcolate chip kat atas kek pun boleh...


HASIL YANG ANDA DAPAT MESTI BEGINI ATAU LEBIH CUN

1






2







3




THIS IS THE ACTUAL COLOR TAU...(INI ADALAH TANPA EDIT)






So kalau kat umah korang pisang melambak2 sampai nak buat cekodok pun dah tak hadap,ha,korang try la buat resepi nie..Boleh bagi sedara-mara skit, jiran-jiran sikit,mana tahu ada jiran berkenan.Nah dia lambakkan pisang depan rumah korang suruh korang bake..Hurm Ok lah nati try tau,tapi kalu tak try pun aku tak kisah..hahah

Wordless Wednesday


Mulut Rasa Bisu



Kadang-kadang diam itu lebih baik.Mengambil semangat WORDLESS WEDNESDAY untuk mengenang hari semalam...





Sunday 26 February 2012

Choco Chip Cookies...AGAIN?


 Yes!!Again!



YUP!!Again!Cookies nie dibuat sebab cousin datang dan IBUNDA suruh buat sebab nak bagi diorg makan..Sebabkan diorg dtg petang dalam pukul 5 petang mcm tu,so IBUNDA decided nak bg cookies and kuih2 yg lain sekali lah..Nak bg nasi macm da tak sesuai ngan waktunya..

So aku ngan adik pompuan aku pun berdentam-dentum la kat dapur gegeh dan tabahkan hati nak meyiapkan benda nie..Benda ni tak susah pun tapi pasal sebelum ni aku ada buat aktiviti lain and adik aku plak baru balik dr belajar driving, so mcm tak hadap sgt nak membuek nyo..Lotih!!!Itu pun IBUNDA request lagi suruh buat cupcake,tapi aku surrender ar pasal tak larat...Siap ja cookies nie,zasss naik atas terus berkeruh..



Resepi kali nie hampir sama ja dgn yg lepas..Untuk rujuk resepi KLIK SINI . Cuma apa yg aku tambah adalah 2 sudu besar susu pekat manis kedalam adunan,nak bagi rasa lemak2 dan aku juga tambah serbuk koko..Aku lebihkan sebab nak bg warna cookies agak gelap sedikit,yg lain sume sama sahajo!!Method pun sama..So takyah runsing!haha



Dan kalau nak dibuat perbandingan,aku lebih suka resepi yang ini ..Masa bake,bau cookies nie semerbak bau seluruh rumah,sampai adik aku ckp apa,(Kita kene bagi kat jiran2 sekali sebab diorg da bau)..hahahha
Kalu nak bg sedap lagi,korang tambah la mcm2 lagi,lagi sedap,...

Ok lah,SELAMAT MENCUBA!

Saturday 25 February 2012

D` Old Skool Marie Choco Balls

Old Skool Ball!





So last 2 or 3 days back, I decided to try the very OLD SKOOL recipe dat I got from the net..These balls used to be my favorite dessert and all.. Sgt la mudah nak buat and in fact aku bawak some of these ke pejabat...The feedback was not bad at all..Biasa la, anything that has something to do with chocolate biasanya tak mengecewakan..

Aku buat choco balls ni dgn adik perempuan aku,aku nak dia pandai buat sume ni nati,nati senang,takda la nak kene beli ja memanjang sebab some of the cookies and cupcakes recipes sgt la mudah..Pejam celik,pejam celik,zasss siap sudah tepampang depan mata...

Yang paling penting KOS sgt la tak mahal, and maybe kalau korang kreatif dpat tambah pendapatan...






Like what the wise man said, first impression counts kan..Same goes to food.Biasanya benda2 yg cantik,garnish yg BOOM BOOM POW,kita akan buat anggapan ianya sedap walaupun lepas makan,rasa macm UBAT GIGI!!Tapi kita jgn la pula berperangai binatang dengan buat mcm tue..Apa yg penting sedap mata memandang dan sedap pula mulut yg merasa...Baru la layak nak KEMBANG HIDUNG SAMPAI KOYAK!....Mcm choco balls aku kat atas nie, hiasan dia very typical ja tapi rasa sedap..(perghhhh puji diri weh!Walalawey!)...Org yg ckp sedap tapi bg aku mcm manis sikit la...

Aku rasa makanan2 mcm nie sesuai untuk buat goodies bag,masa majlis hari jadi anak2  dan yg sewaktu dgnnya la.Bagi aku choco ball nie sesuai 24 jam 7 hari seminggu...hahahah...




Aku juga ada mendapat tempahan dari rakan supaya buat chcoc ball nie untuk dia..Aku terima pun pasal seronok tgk org makan,lagipun tak nak la gemuk sorang,aku nak jugak sabotaj seseorg supaya gemuk sama2.hahahahha....

K lah, harini sampai sini sajo la kisah chcoco ball nie...Pada anda yg nak try,ko google ja,bersepah2 resepi,senang gila2.....Sambil korang mengumpat2 kat celah2 tingkap tue pun ko boleh buat.....


Wednesday 22 February 2012

The Classic Choco Chip Cookies

The Klassic Recipe


So last Sunday, aku diberi tugas oleh IBUNDA untuk bake some choc chip cookies untuk dijadikan doorgift sempena pertunangan my cousin..So dgn rela hati dan bersemangatnya,aku di bantu oleh pembantu peribadi tekun dan gegeh membancuh adunan ni..IBUNDA kata setiap goodies bag,nak letak around 10 pieces of cookies, and kemungkinan besar tetamu belah lelaki yg akan dtg around 30 org...So kurang lebih,aku kene sediakan around 300 keping cookies la..Tapi tak susah pun benda nie..

Pejam celik-pejam celik zass terpampang sudah 300 keping...Dulu masa kecik2,aku selalu tolong Cik Ami aku buat choco chip cookies setiap kali Hari Raya  and I have to say her Choc Cookies is TO DIE FOR!!ITs heavenly delicious!!!Compare to this one, this is a very basic choco chip cookies....Delicious but not to die for .....YET!!!!!hahaha.Biasalah benda2 klasik nie kener tambah bahan2 yg lain nak bagi sedikit rasa BOOM BOOM POW!!!!!

So rasa nak kongsi la resepi nie...Untuk resepi nie,aku buat untuk dua adunan,tapi nak dpat 300 keping,It took me around 4 adunan kot.Cant recall!!!! SaTu nak kongsi,nak buat cookies nie kener kreatif dan bermain dengan bahan2 tambah yang lain kalau nak rasa dia ibarat TERBANG KE LANGIT WALAUPUN KO TAKDA KEPAK!!!For that additional ingredient, I leave to u guys to decide ok..CLUE:It Could Be Anything!

Resepi Chocolate Chip Cookies ( 1 adunan )

190 g mentega-lembutkan
45g gula perang
80g gula kastor/icing
220 tepung gandum
1/2 sudu kecil rata baking soda
1 sudu kecil esen vanila
170g chocolatechip
170g badam cincang-panggang
1 biji telur-size yangsedang2 sajo.

Cara-caranya

Gambar adalah mengikut urutan

* Tepung,baking soda, koko diayak
* Mentega,gula icing, gula perang di gaul rata
* Masukkan telur dan esen vanila dan digaul sehingga sebati
* Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn chocolate chip dan badam cincang dan digaul rata      hingga  sebati
* Susun doh atas loyang dan bakar pada suhu 180`C selama 15 minit. (bergantung pada jenis oven)




Dan hasilnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




SELAMAT MENCUBA

Tuesday 21 February 2012

Hobby Yang Tertangguh!

Wah!!Apakah hobby yang tertangguh tue?Ke yokopoyo ja!!!Sebenarnya hobi aku yg tertangguh tue adalah memasak>Aku suka sgt memasak dan makan>Mmg dari kecik aku memasak,tapi takda la gempak pun.Setakat biasa2 ja la yg mampu..Blog ni dibuat pun pasai aku nak share dan juga mintak tunjuk ajar dengan sifu tukang masak yg pro dan tajamkan skill aku yg tumpul lagi berkarat.Pengaruh paling besar dalam minat aku dalam memasak nie dah tentu2 la IBUNDA aku..Bawang,halia,daun kucai,lengkuas sume IBUNDA yang ajar...Masakan IBU da tentu2 la makanan paling sedap kan..

Kalau ikutkan hati aku,aku mmg tak minat nak memulis blog2,tapi bila aku fikir2, baik aku dokumenkan sume kat sini,pasai senang skit nak rujuk n nak share..Plus kata nak support konsep paperless yg cuba diterapkan..YOKOPOYO ja!!

Harapan supaya bertambah2 la skill memasak dan makin terer la memasak...Ok lah nati2 sambung lagi..hahaha...


Ya Allah apasal boring sgt nie bentuk penulisan aku???Aku baca pun mcm BLURRRRR ha!!!Serabut kepala!hahaha





DAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BLURRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!


Sekian Terima Kasih....