Saturday, 24 March 2012

KEROPOK LEKOR




 So minggu lepas aku ada buat keropok lekor,So saja la try nak buatka pasal aku beli kat pasar malam,YA ALLAH keropok lekor nya keras mcm kepala batu lesung..Sempat terlekat la kat anak tekak sebab tak mampu nak masuk ruang esofagus.hahah...betul ke tak aku dulik apa!

So bagi membuat perubahan diri,dengan penuh keyakinan yg sewajarnya,aku julung2 kalinya memberanikan diri untuk buat sendiri dan hasilnya NOT BAD!!!Lembut dan terasa ikannya.Puas hati weh kalau buat sendiri.

Ok jom kita tgk proses dia.Bagi yg tak tahan bau ikan,takyah la cuba2 la nak buat kerana sepanjang proses menguli, bau ikan mmg akan melekat kat tgn dan hidung.Serius mmg hanyir tapi puas masa korunk goreng panas2 keropok tue,perghhhhhhh sedap weh...Tetibe terdetik di hati: AKU MAMPU JADI PENGUSAHA KEROPOK LEKOR!!!#senyum sinis terhadap diri sendiri#

Jom semak resepi:

KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan
5 ekor ikan selayang/ikan kembung-(aku guna ikan kembung)
6 sudu besar tepung kanji/sagu/ubi kayu-( aku guna tepung ubi kayu )
garam secukup rasa-(part ni paling vital and crucial sebab kalau tak cukup garam nati keropok korunk masa da goreng rasa tawar heber= tak sedap langsung.
sedikit air-(guna sesikit mungkin )

Cara-cara
1. Bersihkan dan asingkan dari tulang.Amik isi dan kulit saja
2. Kisar isi ikan tue dalam food processor.Kalau guna blender jgn guna air.Kisar kering.
3. Tambah garam,isi ikan dan tepung dan gaul sebati
4. Tambah air sampai adunan jadi mcm doh
5. Uli dan bentukkan memanjang


6. Didihkan air dan rebus keropok lekor sehingga keropok lekor timbul (tanda sudah masak)


7. Angkat dah toskan.Biarkan sejuk sebentar dan bolehlah di goreng.


No comments:

Post a Comment