Sunday, 25 March 2012

SOLOK LADA KAK DEQ


Solok Lada tue mak aku ckap maksudnya lada sumbat.Makanan nie mmg terkenal kat belah2 pantai timur tue..Ni ayah aku suka la,in fact the whole family likes it.Makan ngan nasi panas mmg best.Tapi yg nie ikut style resepi mak aku la.Im not sure whether the original recipe is same as my Mum`s..but as long it tastes fabulous,who cares!hahah

So malas ckp banyak,jom kita semak resepi..Nak beritahu la yg aku belajar masak dengan mak aku ni takda sukatan tertentu,kire konsep main campak2 la,tgn org tue,diorg dah boleh tahu dah sukatannya..

P/S Kak Deq tue mak aku.Panggilan org..huhu

SOLOK LADA KAK DEQ

Bahan-bahan
9 ekor ikan kembung-rebuskan @ kukuskan.nati nak amik isi dia dan asingkan dari tulang.
Lada muda dalam 20 biji
5 biji bawang kecik-tumbuk halus
2 biji kelapa parut-amik dalam 2 genggam dan asingkan dan yg selebihnya perahkan santannya..
Daun pisang untuk alas dalam periuk
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Cara-cara
1. Asingkan isi ikan dari tulang dan hancur2kan dengan menggunakankan tangan
2. Tumbukan sedikit kelapa yg telah diasingkan awal2 tadi dan dicampurkan dalam isi ikan.
3. Campurkan bawang kecil yang telah ditumbuk
4. Perasakan dengan garam dan gula.( rujuk gambar bawah)


5. Amik lada muda dan belah tengah dan sumbatkan isi ikan kedalam perut lada muda sampai padat.Buat sampai habis.


 6. Alas periuk dengan daun pisang dan susun lada solok kedalam periuk.


7. Selepas itu masukkan santan yg telah diperah kedalam periuk.Jangan isi santan sampai tenggelam.Agak2 saja.( rujuk gambar-kalau boleh lagi kurang skit dr gambar tue.Takut nati lembik sgt.)


8. Masakkan untuk selama 1/2-45 minit atau sehingga santan agak kering.Sekali-sekala ratakan santan ke atas lada solok tue..
9. Sedia untuk dimakan.


SELAMAT MENCUBA




No comments:

Post a Comment