Sunday, 25 March 2012

SOLOK LADA KAK DEQ


Solok Lada tue mak aku ckap maksudnya lada sumbat.Makanan nie mmg terkenal kat belah2 pantai timur tue..Ni ayah aku suka la,in fact the whole family likes it.Makan ngan nasi panas mmg best.Tapi yg nie ikut style resepi mak aku la.Im not sure whether the original recipe is same as my Mum`s..but as long it tastes fabulous,who cares!hahah

So malas ckp banyak,jom kita semak resepi..Nak beritahu la yg aku belajar masak dengan mak aku ni takda sukatan tertentu,kire konsep main campak2 la,tgn org tue,diorg dah boleh tahu dah sukatannya..

P/S Kak Deq tue mak aku.Panggilan org..huhu

SOLOK LADA KAK DEQ

Bahan-bahan
9 ekor ikan kembung-rebuskan @ kukuskan.nati nak amik isi dia dan asingkan dari tulang.
Lada muda dalam 20 biji
5 biji bawang kecik-tumbuk halus
2 biji kelapa parut-amik dalam 2 genggam dan asingkan dan yg selebihnya perahkan santannya..
Daun pisang untuk alas dalam periuk
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Cara-cara
1. Asingkan isi ikan dari tulang dan hancur2kan dengan menggunakankan tangan
2. Tumbukan sedikit kelapa yg telah diasingkan awal2 tadi dan dicampurkan dalam isi ikan.
3. Campurkan bawang kecil yang telah ditumbuk
4. Perasakan dengan garam dan gula.( rujuk gambar bawah)


5. Amik lada muda dan belah tengah dan sumbatkan isi ikan kedalam perut lada muda sampai padat.Buat sampai habis.


 6. Alas periuk dengan daun pisang dan susun lada solok kedalam periuk.


7. Selepas itu masukkan santan yg telah diperah kedalam periuk.Jangan isi santan sampai tenggelam.Agak2 saja.( rujuk gambar-kalau boleh lagi kurang skit dr gambar tue.Takut nati lembik sgt.)


8. Masakkan untuk selama 1/2-45 minit atau sehingga santan agak kering.Sekali-sekala ratakan santan ke atas lada solok tue..
9. Sedia untuk dimakan.


SELAMAT MENCUBA




CARROT CUPCAKE WIF CREAM CHEESE FROSTING


Hy, Carrot Cupcake I made specially for sister who requested to bring some home but in the cupcake form. The recipe was taken from the previous recipe-Carrot Cake-KLIK SINI .But theres abit changes la since my sister said dia taknak letak nenas dan plus aku kurangkan serbuk cinnamon tue kepada 1 sudu ja,because I dont loike the smell..Its too rempahh ratus..Letak skit as syarat ja...

Kalu buat dalam bentuk cupcake nie,aku dpat dalam 30 biji cupcake gak la.walaupun aku tak letak nenas,cupcake nie still moist even after I took one out from peti ais.Mungkin faktor nenas bukan the main factor kot..hahaha..

So since aku tak letak recipe,jom la kita cuci mata usha gambar.Gambar pun tak amik banyak tadi pasal tak sempat...Yang penting akhirnya habis jugak bekas cupcake tue aku guna.dah lama sgt terbiar..hahahha.




Saturday, 24 March 2012

CARROT CAKE SUPER MOIST


This is my fav cake and lately Ive been craving for it. So last Wednesday I decided to try untuk buat la.Masa proses mencari resepi,aku tgk resepinya sume biasa ja,yg aku rasa mcm secret recipe punya rasa.tak berapa nak moist dan kering.Pastu walnut pun kedekut and lapisan cream cheese frosting dia snipis lapisan kulit bawang,apa rasa kalau begitu...

Banyak resepi yg aku print masa proses searching the best recipe and ada satu yg caught my attention during the process.So aku print dan gigih untuk buat kat umah nati...Nampak dr resepi tue mcm best.

Masa tue aku takut2 gak pasal takut tak jadi ke,bantat ke, tapi Alhamdulilah dia naik cantik ja.Gebu gila kot..

Sebenarnya kakak aku dan adik aku pun suka,diorg pun ckp sedap,So sebagai nak memantapkan lagi testimoni aku,aku bagi kek tu untuk dirasa oleh kawan baik aku iaitu Kak Yaya dan Abg Epul..Komen kawan2 nie penting ye..Alhamdullilah,diorg pun ckp best dan yg penting kami sume gembira.Lokasi sesi merasa adalah dalam kereta Kak Yaya kerana kami dalam perjalanan ke Petaling Street untuk beli fresh flower sempena wedding Kak Yaya...

K lah,cukup la cerita,jom kita usha skit resepi yg aku mengaku sedap nie..

CARROT CAKE (SUPER MOIST)


Bahan-bahan ( carrot cake)
1 cawan (100g) kacang walnut
340g lobak (di-grated halus)
260g tepung gandum
1 tsp baking soda
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 1/2 tsp serbuk cinnamon-(next time aku nak kurangkan pasal aku tak suka sgt bau dia)
4 biji telur-gred A (kalau kecik guna 5 biji)
1 tin nenas dalam tin( cincang kasar)
100g kismis
300g gula
1 cawan minyak sayur/jagung-(kalau kecemasan guna ja minyak masak biasa)
2 tsp esen vanila

Bahan-bahan ( cream cheese frosting )
57g mentega
227g cream cheese
230g gula icing (tapis)
1 tsp esen vanila

Cara-cara
(carrot cake)
1. Panaskan oven pada suhu 180`C dan griskan loyang serta alaskan loyang dngan kertas minyak.
2. Parut halus lobak
3. Masukkan tepung,baking soda,baking powder,garam dan serbuk cinnamon didalam mangkuk dan gaul menggunakan whisk
4. Di dalam mangkuk yg lain,dengan menggunakan hand mixer pukul telur sehingga berbuih. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga dunan menjadi pekat.
5. Masukkan minyak dan esen vanila dan pukul sehingga sebati
6. Masukkan adunan tepung tadi kedalam adunan telur dan pukul sehingga sebati
7. Dengan menggunakan spatula,masukkan parutan lobak,walnut yg dicincang,kismis,dan buah nenas dan guna kaedah kaup balik.
8. Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar untuk 45 minit pada suhu 180`C (bergantung pada oven jugak)
9. Selepas masak,rehatkan kek selama 5-10 minit dan kemudian keluarkan kek dr loyang dan rehatkan diatas wire rack sebelum di sapu ngan cream cheese frosting.



Cara-cara
(cream cheese frosting)
1. Dengan menggunakan hand mixer,pukul cream cheese dan mentega dengan kelajuan rendah
 sehingga sebati
2. Sedikit demi sedikit tambahkan gula icing dan pukul sehingga sebati dan lembut
3. Masukkan esen vanila dan sapukan cream cheese frosting pada keseluruhan carrot cake dan hias dengan menggunakan almond flake.



SELAMAT MENCUBA

KEROPOK LEKOR




 So minggu lepas aku ada buat keropok lekor,So saja la try nak buatka pasal aku beli kat pasar malam,YA ALLAH keropok lekor nya keras mcm kepala batu lesung..Sempat terlekat la kat anak tekak sebab tak mampu nak masuk ruang esofagus.hahah...betul ke tak aku dulik apa!

So bagi membuat perubahan diri,dengan penuh keyakinan yg sewajarnya,aku julung2 kalinya memberanikan diri untuk buat sendiri dan hasilnya NOT BAD!!!Lembut dan terasa ikannya.Puas hati weh kalau buat sendiri.

Ok jom kita tgk proses dia.Bagi yg tak tahan bau ikan,takyah la cuba2 la nak buat kerana sepanjang proses menguli, bau ikan mmg akan melekat kat tgn dan hidung.Serius mmg hanyir tapi puas masa korunk goreng panas2 keropok tue,perghhhhhhh sedap weh...Tetibe terdetik di hati: AKU MAMPU JADI PENGUSAHA KEROPOK LEKOR!!!#senyum sinis terhadap diri sendiri#

Jom semak resepi:

KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan
5 ekor ikan selayang/ikan kembung-(aku guna ikan kembung)
6 sudu besar tepung kanji/sagu/ubi kayu-( aku guna tepung ubi kayu )
garam secukup rasa-(part ni paling vital and crucial sebab kalau tak cukup garam nati keropok korunk masa da goreng rasa tawar heber= tak sedap langsung.
sedikit air-(guna sesikit mungkin )

Cara-cara
1. Bersihkan dan asingkan dari tulang.Amik isi dan kulit saja
2. Kisar isi ikan tue dalam food processor.Kalau guna blender jgn guna air.Kisar kering.
3. Tambah garam,isi ikan dan tepung dan gaul sebati
4. Tambah air sampai adunan jadi mcm doh
5. Uli dan bentukkan memanjang


6. Didihkan air dan rebus keropok lekor sehingga keropok lekor timbul (tanda sudah masak)


7. Angkat dah toskan.Biarkan sejuk sebentar dan bolehlah di goreng.


Sunday, 18 March 2012

CREAMY CHILLI TUNA PASTA



Ni adalah menu makan malam aku semalam.Pasal aku malas gila nak kuar dan parents aku pun takda kat umah,so aku pun masak la.Resepi ni aku dpat masa g beli barang baking,ada kaunter promotion jenama ANCHOR tgh wat promotion la dan dia bag flyers resepi nie.

So semalam tetiba lapar,aku pun teringat la resepi ni sebab mudah dan bahan2 pun mmg ada dalam peti..Dengan tahap kemalasan yg maksimun ,aku gegehkan jugak diri ni.Tapi aku ada tambah2 la nak bagi sesuai ngan anak tekak kampung aku nie,cili mesti lebihhhhhh..

Ok jom tgk resepi.

CREAMY CHILLI TUNA PASTA

Bahan-bahan
1 ulas bawang putih- cincang
1 biji bawang besar- cincang
180ml Anchor Whipping Cream (sejuk)
1 sudu besar pes cili kering
2 sudu besar empingan tuna- dalam oil punya
secukup rasa garam dan lada hitam
180gm pasta-guna ja apa2 pasta.
1 biji telur rebus
cili potong dan bawang goreng sebagai hiasan

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu dan kemudian masukkan pes cili.Kacau.
2. Tuangkan Anchor Whipping Cream dan masak lebih kurang 1 minit sehingga pekat
3. Masukkan tuna dan kacau rata.
4. Perisakan dengan garam dan lada hitam
5. Hidangkan pasta diatas pinggan dan tuang sos diatas
6. Hiaskan dgn cili potong dan bawang goreng dan letakkan telur rebus diatasnya.
7.Makan la,apa lagi!



MEASUREMENT




SUKATAN BARANGAN KERING
IMPERIAL KE METRIK
1/4               ->  5 g
¼ inci            ->  5 mm
1/2               ->  10 g
½ inci            ->  1 cm
1 aun            ->  25 g
¾ inci            ->  2 cm
2 aun            ->  50 g
1 inci             ->  2.5 cm
3 aun            ->  75 g
2 inci             ->  5 cm
4 aun            ->  100 g
2 ½  inci        ->  6 cm
5 aun            ->  125 g
3 ¼ inci         ->   8 cm     
6 aun            ->  150 g
4 inci             ->  10 cm
7 aun            ->  175 g
5 inci             ->  12 cm
8 aun            ->  200 g
6 inci             ->  15 cm
9 aun            ->  225 g
7 inci             ->  18 cm
10 aun          ->  250 g
8 inci             ->  20 cm
11 aun          ->  275 g
9 inci             ->  22 cm
12 aun          ->  300 g
10 inci           ->  25 cm
13 aun          ->  325 g
11 inci           ->  28 cm
14 aun          -> 350 g
12 inci           ->  30 cm
15 aun          ->  375 g
18 inci           ->  46 cm
16 aun          ->  400 g
20 inci           ->  50 cm
2 paun          ->  1 kg
24 inci           ->  61  cm