Saturday 17 March 2012

CHICKEN MUSHROOM SOUP WITH PASTRY PUFF TOPPING


Nampak menarik tak???Menarikkan kan!!Ha ni aku baru ja buat pukul 3 petang tadi,aku hadap benda ni la makan tengahari punya walaupun siap pukul 5 td.haha..Last time I had benda nie was like lama ago kat DOME...Masa tue aku makan perghhh sedapnya benda ni, tapi takda inisiatif pun nak mencari resepi.Ni dah tua bangka baru terhegeh2 nak buat pulak...hahah..Benda nie sgt la senang nak membuatnya dan rasanya pun sedap..Tambah2 makan masa panas-panas,perghh mmg best.

Harini semangat rajin ada mari skit,so aku pun decided na buat la,terus g beli barang2.Barang2 yg digunakan tak banyak pun,biasanya mmg dah ada kat dapur punye..puff pastry tu plak aku guna yg lebih masa buat Portuguese Egg Tart haritu.So barang2 lain tue kat kedai runcit sajor...Ok jom semak resepi k..


Chicken Mushroom Soup wif Pastry Puff Topping

Bahan-bahan
Pastry puff frozen (keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik)

Sup
250 isi ayam yg dipotong halus
1 tin cendawan butang
1 labu bawang besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
200ml susu sejat
300 ml air
1 kiub pati ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil minyak untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam

Glis
1 biji telur-guna kuning sahaja
sedikit susu sejat
sedikit daun bawang (cincang halus)

Cara-cara
1.Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar dan bawang putih.Masak sehingga layu.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
2.Masukkan air dan pati kiub ayam dan bairkan sebentar.
3.Masukkan ayam,cendawan butang dan susu sejat dan gaul hingga rata.Kacau dalam 5 ke 10 minit sehingga pekat dan tambahkan lada hitam
4.Tuang kedalam acuan remekin sehingga 3/4 penuh


5.Canaikan pastry puff sehingga boleh menutupi permukaan remekin.


6.Kemudian griskan permukaan pastry puff dengan kuning telur yg dicampur sedikit susu sejat dan taburkan sedikit daun bawang.


7.Bakar didalam oven bersuhu 190`C selama 20 minit atau sehingga masak.( panaskan oven terlebih dahulu.
8.Siap untuk dimakan.



No comments:

Post a Comment