Saturday, 10 March 2012

KEK BUAH/FRUIT CAKE

KEK BUAH BAKAR


Kek buah ni pulak aku buat minggu yang sama aku buat Marble Cheese Brownies .Kadang-kadang bila mood ok dan penyakit malas nie kurang,mcm2 benda nak bake..Mcm kes nie la,walaupun aku taktahu sapa nak makan kek ni,aku tetap gegeh,tabah dan cekal nak buat jugak..Kan bagus semangat nie ada masa belajar kat U dulu...

Baking seronok bila kek tue naik cantik dan jadi.Tapi bila tak jadi dan tak cun mcm kek org lain,dia punya tahap down,mmg giler ah...Frust gile..Sebab membaking ni kadang meletihkan,especially bila part nak kemas.Masyallah,dapur mmg tak boleh blah dia punya sepah.Tapi dah selalu baking, ni kita kadang2 da boleh budget dah mcm mana uruskan kan dapur..KITCHEN MANAGEMENT nama diberi..hahah





Hasil dr kek buah nie,rasanya mmg sedap..(ikhlas puji kek sendiri),moist sgt2...Buahnya pun tak jatuh,elok ja sekata kat sume bahagian kek tue..ok jom kita ke resepinya deh..ayuh kawan2!


KEK BUAH BAKAR

380g butter (kalau nak guna marjerin pun boleh tapi hasilnya dia kurang lembab skit la,tapi takda la kering kontang)
250g gula perang/castor.(klu nak nampak kek warna brown2 guna la gula perang)
380g tepung gandum
500g buah campuran
100g walnut cincang
7 biji telur 
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh esen oren

Cara-cara
1.Putarkan butter dengan gula sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu
2.Masukkan esen vanila dan juga esen oren
3.Masukkan buah dan putar sehingga sekata
4.Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk kayu manis dan juga baking powder sedikit demi sedikit.Kemudian masukkan walnut.
5. Bakar pada suhu 160`C selama 40 minit-60 minit.

p/s untuk adunan ni dapat 2 loyang ovul dan loyang panjang.Bagi yg nak buat skit ja,buat separuh adunan ja..



SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment